Kad Raya: Teratak Cik ASFZ

berjutaan TERIMA KASIH pd teratak cik asfz
sebab telah menghantar kad raya pada saya...
cute skli kad raya 2...
akan saya pamer kan di ruang tamu rumah sya di Sarawak nanti




Selamat Hary Raya to 

Jom LaYan DonaLd DuCk nyanyi lagu raya



tadi tiba aku bosan and dgrlah lagu raya kat youtube... tdgr pula lagu raya dari donald duck
jom sesama kita dgr donald duck menyanyi lagu raya...

TiGa AmALan NABI pd 10 Malam TeRakHir Ramadhan


DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:


  • Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

    Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

    Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.

    Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.

  • Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

    Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.

    Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

    Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

    Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

    Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

    Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”

  • Memperbanyak doa.

    Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

    Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

    Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

    Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”

  • SePeTanG BerSaMa BuDak SPV

    petang ney aku sedikit ceria...
    yerlah first time berbuka pose dgn budak diasrama ku secara beramai2..
    lauk hary ney ader bubur lambuk n nasi serta laukpauk...
    tapi aku ambil bubur lambuk sebabnyer lama x makan bubur lambuk...

    tapi so sad sebabnyer.. x der sambutan..
    ramai yg ambil bubur lambuk tp makan dkat bilik...
    eii...tolongla bukan slalu makan bersama..
    walaupun makan atas jalan... kenangan 2 beb...
    makan dekat padang boleh pla, tp makan same2 ats jalan x nak..

    ape2 pown aku like aktvty ney
    tingt pula kngan SPV time aku mula2 masuk dlu...
    ade macm2 aktvty, best juga time 2..
    tp dulu.. skrg maila, ramai2 meriahkan suasana..
    buka sllu kite dpt makan dgn pekerja kolej...
    pelik aku dgn bdak2 skrg ney..
    sowylah kalau ader yg terasa..

    ape2 pown ney pic yg aku edit td...
    x comey pown





    time bila dh berbuka pose..


    kenangan ini x akan kulupai...









    Aku DilAnDa KeBoSanAn

    hary ney cuty bg ngri2 yg dberi cuti Nuzul AlQuran
    so.. hry ney aku x da bende nak dibuat kat asrma ney...
    aku dilanda kebosnan kerana member ku semua keluar k bndr..
    aku x suka keluar k bndr sebabnyer.. asyik tempat yg same jer nak berjalan..
    tension aku...


    SEGMEN JOM KENAL DAN TAMBAH RAKAN BLOGGER



    Nama panggilan Blogger         :Puteri eima
    Tarikh mula berblog               :26 oktober 2010
    Rakan blogger terkini             :103
    Target tambah rakan blogger :seberapa ramai...


    Wordless Wednesday #4


    "Kek Lapis Sarawak"

    Nuzul AlQuran


    Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. 


    ‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran.
    Perkataan ‘ Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

    al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangial-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batildan al-Zikr pula bermaksud 
    yang memberi peringatan.


    Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq maksudnya:
    ”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)

    KeR!nDu@n K@mpUnG HaL@mAn

    hanya tinggal beberapa hary lagi, tiba masa aku nak balik kpg..
    kerinduan pd kpg semakin memuncak...
    x sabarnyer nak naik kpl terbang..
    inilah kpl terbang yg aku slalu aku naik utk fly k srwk

    alangkah riangnyer bila aku dh smpai kat KIA

    neylh simbolik negeriku.... 
    rindu pd Kuching... bukan kucing yg meow 2 taw.. hehe...

    firstly aku balik umah... aku akan mencri budk 2 owg ney.. nak taw saper??
    ney sepupu yg mulut becok skli kat umah my grandma
    setiap kali aku call, macm2 order brg kat aku,
    kakak n adik same jer...
    kkdg pening jga dgr mulut becok bdak 2 owg ney
    tp yg bestnyer.. stiap kali aku call
    aku x akan lepas nk bckp dgn die owg bdua...

    semakin hari aku semakin membilang nak balik sne.. 
    rindu pd kpg dmna aku mbesr...
    I Love Sarawak n My Family

    Sarawak tggu kdatanganku....






    HARAM k? mAkan Di BuLan Pose bg Yg X diBoleHkan PosE

    semalam aku duk la tepi tasik dgn some body.. kite owg cam biasa bercerita kosong kat tepi tasik.. 
    tetiba keluar tajuk pasal makan dibulan pose..
    aderla.. somebody ney x leh pose sbb masalah wanita... faham2 jerk..
    lepas2 keluar teori yg menyatakan haram kalau pompuan 2 makan siang hary...
    aku menjadi bertanya, yer ke... sebabnyer spjg aku belajar..
    aku x pernah pula dgr ... aku caye jerlah.. sbb nak jaga hati owg... baik pula...

    so.. balik dr kelas ape lagi aku search lah kat internet.. so aku dpt jawapan nyer...
    nak tahu jawapan nyer ...


    Ramadhan (Bagi Wanita Yang Uzur)

    Assalamualaikum,

    -Sedikit pertanyaan tentang issu perempuan yg tak berpuasa. Adakah dibolehkan makan seperti mana hari-hari biasa seperti bulan yg lain.

    - Jailani Hashim -

    Jawapan

    Walaikumsalam.

    -Harus makan tetapi perlu menghormati Ramadhan bermakna makan dengan sembunyi yang keluarganya sendiripun tidak mengetahui yang ianya tidak berpuasa. Mengharamkan mereka dari menjamah sebarang makanan adalah dzalim kerana hukum tidak berkata begitu, kerana mereka uzur dan diharamkan berpuasa.

    Wallahualam.

    ini yg aku dpt dr laman web ney  kLIK dIsInI



    10 Solat Yang Ditolak

    Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim) Rasulullah s.a.w. telah bersabda bahawa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah s.w.t., antaranya :


    1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.
    2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.
    3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.
    4. Orang lelaki yang melarikan diri.
    5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).
    6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.
    7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.
    8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.
    9. Orang-orang yang suka makan riba'.
    10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."


    Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah s.w.t. dan jauh dari Allah s.w.t.." Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

    Ce TrY aPa Yg YahuD! BuaT Pd BloG kIta

    Tadi ttgk kat FB pasal ney...


    PERHATIAN !!! satu lagi kelicikan yahudi yang dapat dikesan...

      1. cuba anda buka mane-mane blog kawan anda.>> cth: aaa.blogspot.com
      2. kemudian, buka semula blog kawan anda itu, tp dgn membuang huruf 's' pd perkataan "blogspot".>> cth:aaa.blogpot.com


    SPoNtAneOuS ThuRSDaY #4


    " DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA"

    JoM HeBoh BloG BaRu


    jom join blog ney...  KLIK DISINI

    Muslihat Facebook Lagi

    Petang ney aku buka facebook terbaca status member aku pasal ney....




    AMARAN ! NOMBOR TELEFON BIMBIT RAKAN-RAKAN ANDA sedang dipaparkan di Facebook! Ini bukan gurauan - Sila ke bahagian atas kanan skrin, klik ACCOUNT, klik EDIT FRIENDS, klik CONTACTS di kiri skrin. Semua nombor telefon bimbit rakan-rakan akan dipaparkan. Sila copy post ini di STATUS anda supaya rakan-rakan anda mendapat maklumat ini dan memadam semula nombor telefon bimbit mereka untuk MENGELAKKAN PENCEROBOHAN PRIVASI...


    macam2 hal sekarang pasal facebook.. bila ada facebook sng bhubung mber lame.. tp skrg disebaliknyer.. aku pun pelik.. kalau x da facebook x best pula.. x taw information terkini.. yerlah sekarang ney.. apa2 information rmai mber publish kat facebook... tp tgk skrg ramai yg cuba mceroboh facebook kite...


    so... kite perlu buat privacy kat facebook kita taw... pada semua.. tlg jgn letak no phone kat facebook sbb ntey anda pla yg rimas asyik kene ngorat jer>>> opsss...

    Wordless Wednesday #3


    " WEDDING "

    Amalan di Bulan Ramadhan


    • Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan.
    • Menempah pakaian untuk Ramadhan.
    • Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan.
    • Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam.
    • Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat)
    • Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian)
    • Solat berjemaah setiap waktu.
    • Solat jemaah di masjid/surau.
    • Amalkan Qiyamulail walaupun pendek.
    • Sahur diwaktu akhir.
    • Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu.
    • Mandi Janabat sebelum Imsak.
    • Kurangkan tidur.
    • Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh)
    • Tunaikan Solat Dhuha.
    • Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor)
    • Tunaikan solat Rawatib.
    • Jaga pacaindera.
    • Elakkan gosok gigi pada waktu petang.
    • Hadiri majlis ilmu.
    • Buat baik pada ibubapa.
    • Isteri hendaklah taat pada suami.
    • Banyakkan bersedekah.
    • Berbuka dengan 3 biji kurma dan air yang belum dipanaskan oleh api.
    • Berbuka bersama orang tua.
    • Jemput tetamu berbuka.
    • Kurangkan berat badan.
    • Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja)
    • Baiki hubungan suami isteri.
    • Baiki hubungan jiran.
    • Isteri jauhi daripada keluar memakai mekap & perhiasan.
    • Elakkan berbelanja berlebihan.
    • Kuatkan kesabaran.
    • Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih.
    • Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar)
    • Mengejut anak dan isteri di malam Lailatul Qadar.
    • Elakkan menonton TV yang mengandungi nafsu.
    • Elakkan mendengar radio berunsur hiburan.
    • Berdoa dengan nada lembut dan merayu.
    • Jauhkan bercumbu dengan suami/isteri.
    • Mendoakan ibu bapa samada hidup atau yang meninggal dunia.
    • Melazimkan solat waktu.
    • Elakkan sebelum berbuka bersiar-siar yang menjadikan pandangan liar.
    • Elakkan banyak berhutang.
    • Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang.
    • Tunaikan zakat fitrah.


    fesyen jubah yg menarik

    tadi aku search jubah online.. so ternampak beberapa fesyen ney yg agak menarik sedikit...


    ney aku suka jubah yg berwarna biru.. comey jubah 2...


    ney pown comey juga aku rase...


    lastly ney pown menarik

    rambang mata aku dibuatnya... x tahu nak mana satu utk raya nanty...

    ceh bajet aku beli... 




    Wahai lelaki serius- kamu dikehendaki

    Mencari seorang pasangan yang benar-benar sesuai bukanlah mudah. Komitmen adalah yang paling  penting dalam menghidupkan hubungan agar terus mekar. Namun, kaum Adam sering diragui komitmen mereka apabila terjalinnya penyatuan dua hati ini. Adakah mereka benar-benar serius dalam memberi dan  menerima cinta? Jom semak !

    Ya, Dia Benar Serius!
    ♥ Hafal sangat
    Semua perkara tentang kita,
    melekat terus dikepalanya. Sepanja g perkenalan dan menginjak ke dalam perhubungan, apa sahaja  tentang diri kamu dia tahu. Daripada tarikh-tarikh penting hinggalah ke restoran kegemaran kamu,  semuanya tip top! Prihatin adalah perkataan yang sesuai digunakan. Oleh itu, kamu tahukah si dia amat  benar serius dengan kamu.

    ♥ Orang pertama
    Apa sahaja masalah yang kamu hadapi, dia adalah orang pertama yang akan muncul menyelamatkan  kamu. Tidak kira pada waktu siang hari ataupun ketika lewat malam, dia sentiasa ada untuk membantu.  Ya, sudah pasti si dia berbuat begitu kerana kamu adalah orang yang paling istimewa di hatinya.

    ♥ Teringat-ingat
    Setiap kali kalian berjauhan, pasti si dia terkenang-kenang kamu. Kata  orang, biar jauh di mata tapi dekat  di hati. Walaupun dia bekerja di luar daerah (out station), si dia tidak lupa untuk bertanyakan khabar  kamu setiap hari. Sudah pasti dia juga membawa pulang sesuatu untuk kamu sebagai si buah hati pengarang jantung.
    ♥ Pengkritik tetap
    Dia adalah cermin kamu? Setiap apa yang kamu lakukan, pasti akan dikritik  olehnya. Ingat, kritik bukan  sahaja pada yang negatif. Kritik juga boleh jadi yang positif untuk memajukan diri kamu. Terpulang pada  kamu untuk menerima kritikannya. Jika di dalam Facebook pun, si dia rajin benar komen status ataupun gambar-gambar kamu. Oleh itu, kamu tahu kan bahawa si dia rajin sangat buka profile kamu.

    ♥ Curahan hati itu ini
    Jika soal kerja menjadi luahan hatinya setiap waktu, itu perkara biasa.  Namun, jika dia mula meluahkan  apa sahaja berkaitan keluarga ataupun hal peribadi pada kamu, itu sudah membawa kalian ke satu tahap  yang lain. Si dia mempercayai kamu sehingga boleh meluahkan soal keluarga dan peribadi. Ingat, lelaki  bukanlah seorang yang suka buka masalah sendiri. Oleh itu, hargai dan berpeganglah pada  kepercayaannya.

    ♥ Rencana matang
    Hah, ini maknanya si dia betul-betul serius. Apabila si dia sudah mula  merencanakan masa depannya  bersama kamu, itu tandanya kamu sudah tersenarai dalam urusan ‘mesti buat’ atau ‘mesti ada’ si dia.


    sumber dari  MAJALAH REMAJA  

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...