Oleh WAN FAKHRUL BAKAR
SKUAD Harimau Malaya pasti akan mencatat kemenangan besar mengatasi Singapura pada aksi kedua pusingan kedua Piala Dunia 2014 di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam esok.
Keyakinan itu dilaungkan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika hadir menyaksikan latihan skuad kebangsaan di gimnasium Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pagi semalam.
Ia berdasarkan rekod cemerlang skuad ke- bangsaan yang tidak pernah tewas di gelang- gang keramat tersebut untuk aksi kompetitif sejak kali terakhir tumbang 1-3 kepada Uzbe- kistan pada 18 November 2009 ketika saingan Kelayakan Piala Asia 2011.
Malah pasukan-pasukan serantau seperti Indonesia dan Vietnam mudah ditumbangkan Harimau Malaya di Bukit Jalil iaitu pada separuh akhir pertama dan final pertama Piala Suzuki AFF 2010 dengan jaringan 3-0 dan 2-0.
"Saya dengan penuh yakin bahawa sema- ngat pasukan ini cukup kental dan mereka telah pun melupakan kekalahan 3-5 kepada Singapura pada Sabtu lalu.
"Sebelum ini pun kita kalah di tempat lawan kepada Indonesia dan Taiwan serta hanya mampu seri dengan Vietnam. Tetapi apabila beraksi di gelanggang sendiri, kita tampil dengan kekuatan untuk mencipta kemenangan.
"Saya yakin pada Khamis ini (esok), barisan pemain kebangsaan kita akan menggegarkan Bukit Jalil dan diharap para penyokong datang beramai-ramai sebagai pencetus tenaga kepada para pemain.
"Sama-sama kita berdoa kepada Allah supaya kemenangan berpihak kepada Malaysia," kata Shabery kepada pemberita selepas memberikan kata-kata semangat kepada para pemain selepas sesi latihan tersebut pagi semalam.
Turut hadir mengiringi Shabery ialah Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Zolkples Embong dan Ketua Pengarah Institut Sukan Negara (ISN), Datuk Dr. Ramlan Abd. Aziz.
Ditanya tentang ramalan jumlah jaringan yang bakal dicatat pada perlawanan malam esok, Shabery ringkas berkata: "Saya rasa kita boleh menang 4-1."
Skuad kebangsaan yang tewas 3-5 kepada Singapura pada aksi pertama di Stadium Jalan Besar, Sabtu lalu perlu menang sekurang-kurangnya 2-0, 3-1 atau 4-2 untuk layak ke pusingan ketiga.
(sumber dari Kosmo 27 Julai 2011)
No comments:
Post a Comment